Mahir Masak Edisi Aidiladha 2026 bersama Chef Florence Tan
22 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2026, telah berlangsung program Mahir Masak Edisi Aidiladha 2026 bersama Chef Florence Tan dari pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari resipi istimewa sempena Aidiladha dengan teknik masakan yang mudah diikuti.
Chef Florence Tan berkongsi pengalaman serta kepakaran beliau dalam menyediakan hidangan tradisional dan moden, sambil menekankan kepentingan kreativiti serta penggunaan bahan segar dalam masakan.
Program ini diharap dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk mencuba resipi baharu dan menghidupkan suasana perayaan dengan hidangan yang lebih istimewa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: